Friday 26 April 2013

Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian


Sekolah:  Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau

Subjek: Penerbitan Multimedia Kreatif

Tarikh: 26 April 2013                                     Tingkatan: 4 Multimedia

Masa :  9.05 pg – 10.25 pg  [40 minit]

Kehadirian:                  / 20 Orang

Topik:  Perisian Pembinaan Elemen Multimedia
-          Perisian Teks

Hasil Pembelajaran :

Setelah selesai modul ini pelajar seharusnya dapat:
1.      Memperolehi pengetahuan asas untuk menghasilkan bahan Multimedia.
2.      Menggunakan alat dan perisian tertentu untuk menghasilkan produk grafik berdasarkan prinsip seni kreatif.
3.      Mencipta produk grafik berdasarkan prinsip seni kreatif
4.      Mewujudkan bahan grafik menggunakan alat-alat dan perisian sejajar dengan industri norma.

Objektif Pembelajaran :
1.      Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri teks.
2.      Pelajar dapat membandingkan jenis-jenis teks.
3.      Pelajar dapat mengetahui menu-menu berkaitan teks di dalam perisian photoshop.
4.      Pelajar dapat menghasilkan teks menggunakan perisian photoshop.

Pengetahuan Sedia Ada

1) Pelajar berpengalaman melihat jenis-jenis teks yang terdapat dalam sesuaru produksi multimedia contohnya poster dan banner.
2) Pelajar berpengalaman menggunakan perisian Microsoft Office dan Paint.

Bahan Bantu Mengajar
1.      Komputer
2.      Projektor
3.      Video
4.      Perisian photoshop



Langkah Pembelajaran       


Langkah
Content / Skill
Aktiviti Pembelajaran
Bahan
Set Induksi
(5 minit)
9.05–9.10 pg
Paparan poster

Objektif pembelajaran




Aktiviti guru

Guru menunjukkan video kepada pelajar.

Guru menunjukkan beberapa contoh produk multimedia(poster) kepada pelajar melalui paparan skrin putih

Guru mengaitkan isi kandungan slaid tersebut dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

Guru menerangkan objektif pembelajaran hari ini.

Aktiviti pelajar

Pelajar melihat paparan video yang ditayangkan oleh guru.

Pelajar melihat poster yang ditunjukkan oleh guru.

Pelajar mencatat kandungan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pelajar.



Model :
Induktif

Nilai:
Memberi Perhatian

KBKK:
Menjana idea dan pemikiran pelajar

ABM:
Projektor
Komputer

BBM:
Slaid pembentangan

Langkah 1
(5 minit)
9.10–9.15 pg
Teks merupakan elemen paling asas serta luas penggunaannya dalam membangunkan sesebuah aplikasi multimedia.

Ciri-ciri teks:
-          Teks boleh disunting
-          Teks boleh diedit

Fungsi teks:
Satu cara yang cepat dan mudah untuk berkomunikasi dengan sejumlah maklumat yang besar.
Aktiviti guru

Guru menerangkan maksud, ciri dan fungsi teks.

Guru menyoal pelajar tentang pemahaman sedia ada terhadap maksud teks.

Guru menjelaskan kepada pelajar tentang ciri-ciri teks.

Guru menjelaskan fungsi teks.

Aktiviti pelajar

Pelajar mencatat penerangan guru.
Model :
Pengajaran langsung

Nilai:
Konsentrasi
Tumpuan

KBKK:
Mendengar
Mencatat

ABM:
Projektor

BBM:
Slaid pembentangan

Langkah 2
(5 minit)
9.15-9.20pg
Perisian untuk sunting teks
-          Microsoft Office (Microsoft Word)
-          Paint
-          Photoshop
-          Illustrator
Aktiviti guru

Guru menerangkan tentang perisian yang boleh digunakan untuk menyunting teks.

Aktiviti pelajar

Pelajar mencatat penerangan daripada guru.


Model :
Pengajaran langsung

Nilai:
Konsentrasi
Tumpuan

KBKK:
Mendengar
Menghubungkait

ABM:
Komputer
Projektor

BBM:
Slaid pembentangan



Langkah 3
(20 minit)
9.20-9.40pg
Perisian Photoshop

Menu-menu text yang terdapat di dalam perisian Photoshop

-          Present picker
-          Text orientalition
-          Font stay
-          Font family
-          Font size
-          Anti-aliasing method
-          Warped text
-          Text color
Aktiviti guru

Guru menjelaskan jenis dan fungsi menu-menu yang terlibat dalam menghasilkan text.

Guru meminta pelajar untuk mencuba semua jenis menu yang terdapat dalam antaramuka Photoshop.

Guru meminta pelajar menekan buang-butang menu dalam paparan antaramuka.


Aktiviti pelajar

Pelajar mencatat menu-menu yang terdapat pada skrin paparan.

Pelajar mencuba menekan setiap butang menu yang telah disuruh oleh guru untuk mengetahui fungsi dan kegunaannya.


Model :
Demontrasi

Nilai:
Konsentrasi
Keyakinan
Perhatian

KBKK:
Mendengar
Berinteraksi

ABM:
Komputer
Projektor

BBM:
Slaid pembentangan
Perisian Photoshop
Langkah 4
(25 minit)
9.40-10.05pg
Kaedah menghasilkan teks menggunakan perisian photoshop.

Meminta pelajar menghasilkan teks dengan menggunakan perisian Photoshop mengikut langkah yang ditunjukkan.
Aktiviti guru

Guru meminta pelajar membentuk kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang pelajar.

Guru menunjukkan kaedah menghasilkan teks menggunakan perisian photoshop.

Guru menggunakan butang-butang yang terdapat pada skrin photoshop.

Guru menunjukkan cara untuk menyimpan hasil produksi multimedia dengan pelbagai format yang betul.

Guru meminta pelajar menghasilkan sebuah poster yang mengandungi elemen multimedia teks.

Guru meminta pelajar menggunakan semua jenis butang menu yang telah ditunjukkan.


Aktiviti pelajar

Pelajar membentuk kumpulan.

Pelajar mencatat demontrasi yang ditunjukkan oleh guru.
Model :
Demontrasi

Nilai:
Konsentrasi
Keyakinan
Perhatian

KBKK:
Komunikasi
Kepimpinan

ABM:
Komputer
Projektor

BBM:
Perisian Photoshop
Langkah 5
(10 minit)
10.05-10.15pg
Hasil kerja pelajar (poster).

Jenis-jenis menu yang digunakan oleh pelajar
-          Saiz teks
-          Jenis teks
-          Warna teks
-          Gaya teks
-          Sudut letak teks
Aktiviti guru

Guru memilih secara rawak beberapa kumpulan untuk membentangkan hasil kerja yang mereka buat dihadapan kelas.

Guru meminta pelajar lain memberi pendapat dan kritikan terhadap suntingan teks yang telah dihasilkan oleh sahabat mereka.

Guru memberi komen tentang poster yang telah dihasilkan oleh pelajar.


Aktiviti pelajar

Pelajar tampil ke hadapan kelas untuk menerangkan tentang poster yang telah dihasilkan.

Pelajar memberi komen dan pendapat tentang poster yang dihasilkan oleh rakan mereka.
Model :
Demontrasi

Nilai:
Konsentrasi
Keyakinan

KBKK:
Menilai
Memberi pendapat

ABM:
Komputer
Projektor

BBM:
Perisian Photoshop
Penutup
(10 minit)
10.15-10.25pg
Merumuskan keseluruhan kandungan pembelajaran.
-          Maksud
-          Ciri-ciri
-          Fungsi
-          Perisian sepunya
-          Perisian photoshop
-          Menu-menu berkaitan teks

Aktiviti Guru

Guru mengulang semula tajuk-tajuk utama sebagai rumusan.

Guru memilih beberapa orang pelajar secara rawak dan bertanyakan soalan bagi menguji kefahaman mereka.

Guru membuat kesimpulan bahawa pelajar telah memahami apa yang sudah diajar.

Guru meminta pelajar menghasilkan poster menggunakan teks yang telah diajar dan perlu dihantar pada kelas akan datang.

Aktiviti pelajar

Pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Pelajar mencatat arahan yang diberikan oleh guru.
Strategi :
Pengajaran langsung

Nilai :
Konsentrasi

KBKK :
Merumus
Mencatat

ABM:
Projektor




No comments:

Post a Comment