Friday 26 April 2013

Prinsip Asas Grafik

Prinsip Asas Grafik

Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

Prinsip Penghasilan Grafik
Perancangan
Penyediaan ilustrasi
Warna
Huruf
Persembahan

Perancangan

Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk.
Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan :

Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis
Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menetukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran
Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster, lukisan).

Prinsip Rekabentuk
Prinsip Mudah

Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal.

Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan.

Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.

Prinsip penyatuan

Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan.
Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
Penyetuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Prinsip Penegasan

Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian.
Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.

Prinsip seimbang

Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah.
Keseimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang.
Keseimbangan terdiri daripada keseimbangan formal dan keseimbangan tidak formal.

No comments:

Post a Comment