Friday 26 April 2013

Teks dalam Multimedia


Teks dalam Multimedia

Teks juga memainkan peranan untuk membentuk sesuatu perkataan dan perenggan bagi tujuan berkomunikasimenyampaikan ide dan fakta dalam apa jua tujuanDalam penghasilan produk multimedia, teksmemainkan peranan amat penting untuk menerangkan bagaimanakah aplikasi yang dihasilkan berfungsipanduan kepada pengguna untuk melayari aplikasi tersebutdan menghantar maklumat pada aplikasi yangtelah direkabentuk. Teknologi teks pada asasnya banyak dgunakan dalam sistem multimedia. Bagaimanakah teks tersebut dibangunkan dan dikemaskinibagaimana ia disimpan dan bagaimana ia digunakan untukpembangunanPada tajuk ini akan menerangkan ciri-ciri teksdan bagaimana ia disimpan dalam produk multimedia.

Typeface Dan Fon.
Aplikasi multimedia banyak bergantung kepada penggunaan teks dalam banyak aspektermasuklah:

  • Tajuk halaman
  • Penerangan maklumat dalam bentuk perkataan atau perenggan.
  • Melabelkan gambar
  • Arahan untuk menjalankan operasi pada aplikasi.
Teknologi teks adalah berdasarkan kepada pembinaan hurufnombor dan karakter seperti noktahkomadan tanda ringgit untuk membangunkan perkataanayat dan perenggan bagi sesuatu maklumat.Elemen-elemen teks dikategori kepada :



Fon serif : Jenis fon ini biasa digunakan dalam percetakan media, ini kerana ia dapat membantu pembaca dengan membaca banyak teks yang dipaparkan dalam jangka masa yang lama. Jenis fon ialah :
  • Memberi pengenalan kepada sesuatu objek seperti gambar atau label bagi program.
  • Menghantar maklumat dalam bentuk penerangan helaian yang mengandungi sebahagian besar adalah teks.
  • Membolehkan pengguna melayari aplikasi.
  • Untuk memilih jenis fon yang sesuai perlulah berhati-hatiini kerana skrin komputer adalah agak susah untuk dibaca.
  • Untuk panduan penggunafon jenis san serif adalah paling sesuaikerana ia lebih tepat dan jelas untuk resolusi komputer.
  • Penggunaan bilangan fon typefaces yang banyak dan pelbagai pada satu skrin hendaklah diminimumkanIni keranafon yang banyak boleh mengganggu penglihatan pengguna aplikasi.
  • Jarakkan ruang antarakaraktergarisan dan perenggan antara teks serta teks dengan objek yang lain seperti gambarPembinaan teks tidaklah boleh terlalu dekat dengan gambar atau video kerana agaksusah untuk dibaca pengguna.
  • Hendaklah berhati-hati meletakkan teks pada gambarterutamanya untuk menentukan warnafon dan saiz teks.
  • Mempunyai teks yang pelbagai saizjenisketebalan dan sebagainya untuk menghantar mesejContohnya hendak menarik perhatian penggunapembangun hendaklah menggunakan teks yang lebih besardan fon yang tebal.
  • Menggunakan penulisan teks warna puteh apabila latarbelakang berwarna hitam ataupun warna yang bertentangan untuk tujuan tertentuJuga hendaklah elakkan daripada menggunakan warna yang samaatau campuran warna yang seakan-akan latarbelakang.
  • Menggunakan pendekatan novel (warped, curved, shadowed) untuk menarik perhatian penggunaElakkan mengguna format teks novel untuk menyampaikan maklumat kerana ia susah untuk dibaca pengguna

Elemen teks ini boleh jadi besar dan jelas atau kecil sebagai sub-tajuk. Ia bergantung kepada tujuan aplikasi dan juga skop penggunaTeks merupakan cara biasa yang digunkan untuk menyampaikan maklumat,namun begitu teks selalunya akan diiringi dengan gambar, audio dan video. Pada asasnya teks adalah kunci komponen bagi setiap aplikasi yang dibangunkan.

1.       Teknologi Teks
o        Karakter Alphabet: English- A hingga Z, termasuk huruf besar dan kecil yang bergantung kepada bahasa.
o        Nombor 0 hingga 9
o        Karakter istimewatanda bacaan (. , ; ' "), sign ($ + = -), dan juga karakter yang tidak tercetak.
§         Tekssebagai media maklumat
§         Typefaces, persembahan grafik bagi alphabet, nombor dan karakter istimewa yang selalu digunakan dalam pelbagai saiz dan jenis.
§         Font, saiz yang tertentu bagi typeface; contoh, "14 point Times New Roman"
Dalam Rajah 2.1 menerangkan ciri-ciri yang juga digunakan untuk menerangkan teks secara fizikal.
2.       Jenis-jenis Fon
Terdapat dua kelas Fon dibahagikan iaitu serif dan sans serif. 
o        Times dan Times New Roman
o        Courier
o        Schoolbook
o        Bookman
Fon san serif: Walaubagaimanapununtuk paparan komputerjenis fon san serif lebih banyak digunakan ini kerana ia lebih tepat dalam penggunaan resolusi komputerIa terdiri daripada:
o        Arial
o        Helvetica
o        Avant Garde
Jenis Fon dan saiz memainkan peranan yang penting dalam penghasilan grafik. Dalam persekitaran grafik komputerfon boleh digunakan untuk pelbagai tujuanSistem grafik berupaya menjalankan proses bagimembina dan menggunakan fon yang dipanggil rasterizationRasterization akan berlaku apabila pengguna komputer melakarkan fon dan satu piksel dipaparkan pada satu masaFon ini adalah bergantung kepadasaiz dan bilangan piksel yang digunakan bagi tujuan lakaran atau penulisan. Teknik ini dipanggil sebagai antialiasingia digunakan untuk mencampurkan fon dengan latarbelakangIni adalah untuk menunjukkankesesuaian antara fon dan latarbelakang yang digunakanAnti-alising biasanya digunakan untuk melukis dan melakar dengan menggunakan pakej perisian. Ia memberi kesan yang menarik dan halus di antara imejlatar belakang dan elemen-elemen teks.

Penggunaan Teks dalam Aplikasi Multimedia
Dalam sistem komputerteks selalunya digunakan bagi menghantar maklumat dan untuk kegunaan antaramuka pengguna. Kinisistem komputer adalah berasaskan antaramuka grafik pengguna (GUI), namun teksmasih lagi sebagai mekanisma utama untuk penerangan, menu dan arahan kepada pengguna. Walaupun produk multimedia mengandungi gambar, audio dan video tetapi ia masih memerlukan teks untukmemantapkan lagi penyampaianTeks digunakan dalam pelbagai tujuan.

1.       Label dan Tajuk
Label biasanya digunakan sebagai tajuk window bar ataupun sebagai mengenalpasti input teks bagi sesuatu sistemUntuk mengenalpasti logo, objek ataupun gambar, label diperlukanBukan saja dalamdunia komputer kita perlu melabelkan atau memberi sesuatu tajuk kepada barang atau objek yang hendak diperkenalkan kepada umummalah ia telah menjadi satu kewajipan yang measti ada. Label dantajuk ini mestilah dalam bentuk ayat yang pendek dan mudah difahami oleh penggunaIa bukanlah satu penerangan yang panjang perlu dijelaskan bagi memperkenalkan objekgambar atau logo yang telahdibangunkan dalam aplikasi multimedia.

2.       Navigasi dan sokongan pengguna
Teks yang berasaskan kawalan dalam aplikasi multimedia adalah mengandungi butangsenarai box, senarai drop-down dan menu window. Walaupun terdapat operasi dalam aplikasi yang hanya perlumenggunakan tetikus iaitu 'klikuntuk melayari. Namunia masih memerlukan arahan untuk "enter" pada papan kekunci selain menggunakan tetikusDalam pembangunan objek multimedia, teks padabutang hendaklah jelas dan ringkas. Pandangan yang kontra antara latarbelakang dan butang adalah sangat penting untuk menghasilkan kawalan yang senang untuk dilihat dan digunakan.

Penggunaan teks dalam produk multimedia biasanya banyak bergantung kepada common sense dan kreativiti pengguna sendirimereka tidak menggunakan panduan dan kaedah-kaedah seperti yang telahdigariskan. Walaubagaimanapunterdapat beberapa panduan yang boleh digunakan untuk membina teks dalam pembangunan produk multimedia di antaranya ialah (Hillman, 1999):

Kelebihan Dan Kelemahan Imej Vector


Kelebihan Dan Kelemahan Imej Vector


Kelebihan Imej Vektor

Imej jenis vektor amat sesuai dan mudah untuk dikendalikan bagi tujuan mengubahsuai atau manipulasi imej. Saiz, kedudukan serta bentuknya boleh diubah suai di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa kejatuhan kualiti yang keterlaluan.


Tidak memerlukan ruang ingatan yang tinggi memandangkan data bagi imej tersebut hanyalah merupakan arahan lakaran pada komputer.


Kelemahan Imej Vektor


Kurang realistik ataupun kurang memenuhi ciri-ciri objek sebenar di dalam kehidupan yang sebenarnya. 


Semakin komplek imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya dipaparkan pada skrin. Kepakaran di dalam grafik berkomputer juga amat diperlukan untuk menghasilkan sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi.


Kegunaan Imej Vektor


Menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clips Art yang kemudiannya diguna serta dipasarkan secara komersial dan meluas.
    Digunakan dalam bidang CAD/CAM (Computer Aided Design/Manufacture), pemodelan saintifik, senibina, senireka.

    Aplikasi Komputer Grafik


    Aplikasi Komputer Grafik

    Industri komputer grafik semakin berkembang pesat hasil permintaan serta sokongan individu atau kumpulan yang memerlukan keupayaan grafik dalam kerja-kerja seharian mereka seperti jurutera, arkitek, perekabentuk dan sebagai. Mereka mendapati bahawa gabungan teknologi komputer dan teknologi grafik menjanjikan peningkatan di dalam kualiti kerja serta membolehkan mereka lebih produktif. Ini adalah kerana mengetahui bahawa menukar atau meminda sesebuah imej pada sesebuah skrin komputer lebih mudah atau meminda sesebuah imej pada sesebuah skrin komputer lebih mudah berbanding dengan mengubah imej pada sehelai kertas lukisan.

    Grafik berkomputer memainkan peranan yang amat penting, bermula daripada hamparan elektronik, penghasilan carta serta jadual, pengurusan projek hinggalah kepada penerbitan meja (desktop publishing), perniagaan dan penyiaran. Dengan ini grafik berkomputer menyediakan banyak manfaat serta mampu meningkatkan produktiviti sesuatu kerja.






    Contoh-contoh ikon yang menarik menggunakan grafik

    Teknologi komputer grafik juga berguna dalam industri aerospace dan automotif serta kajian-kajian di pusat pengajian tinggi. Grafik komputer juga digunakan oleh jurutera mekanikal bagi membangun, membina model serta menguji sesebuah rekabentuk baru. Dengan cara ini ia dapat menjimatkan wang kerana untuk menghasilkan model sebenar sebelum proses pengujian adalah memerlukan belanja yang besar berbanding dengan membangunkan model prototaip atau model contoh.

    Penjimatan masa juga dapat dilaksanakan oleh jurutera-jurutera elektrik di dalam mereka bentuk sesebuah produk. Ini dapat dilihat semasa membina lukisan skematik menggunakan komputer. Pemindahan lukisan ini boleh dipindahkan kepada program lain bagi membentuk litar elektronik pada papan litar utama. Fail yang sama boleh digunakan semula bagi tujuan-tujuan yang berkaitan.

    Selain daripada itu indiidu-individu seperti pelajar, guru, perekabentuk perisian, pengusaha-pengusaha iklan juga menggunakan komputer grafik dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

    Amat sukar untuk membayangkan sesebuah komputer tanpa unsur-unsur grafik. Namun demikian sekiranya dilihat sejarah silan, komputer yang pertama dihasilkan hanya mampu memaparkan teks sahaja dan menggunakan warna yang minimum (hitam & putih).

    Prinsip Asas Grafik


    Prinsip Asas Grafik


    Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

    Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

    Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

    Prinsip Asas Grafik

    Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

    Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

    Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

    Prinsip Penghasilan Grafik
    Perancangan
    Penyediaan ilustrasi
    Warna
    Huruf
    Persembahan

    Perancangan

    Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk.
    Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan :

    Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis
    Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menetukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran
    Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster, lukisan).

    Prinsip Rekabentuk
    Prinsip Mudah

    Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.

    Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal.

    Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan.

    Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.

    Prinsip penyatuan

    Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan.
    Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
    Penyetuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

    Prinsip Penegasan

    Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian.
    Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.

    Prinsip seimbang

    Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah.
    Keseimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang.
    Keseimbangan terdiri daripada keseimbangan formal dan keseimbangan tidak formal.

    Definisi Montaj


    Definisi Montaj



    1. Montaj merupakan satu teknik menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema.
    1. Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja penghasilan foto montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.
    1. Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
    1. Media dan alat yang digunakan adalah : alat lukis dan alat tulis, gambar foto yang ada kaitan dengan tema, alat pemotong, gam, pewarna, berus dan lain-lain.


    Pengenalan kepada Imej Digital

    Pengenalan kepada Imej Digital




    Video Tutorial

    Video Tutorial


    Slaid Persembahan

    Slaid persembahan










    Rancangan Pengajaran Harian

    Rancangan Pengajaran Harian


    Sekolah:  Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau

    Subjek: Penerbitan Multimedia Kreatif

    Tarikh: 26 April 2013                                     Tingkatan: 4 Multimedia

    Masa :  9.05 pg – 10.25 pg  [40 minit]

    Kehadirian:                  / 20 Orang

    Topik:  Perisian Pembinaan Elemen Multimedia
    -          Perisian Teks

    Hasil Pembelajaran :

    Setelah selesai modul ini pelajar seharusnya dapat:
    1.      Memperolehi pengetahuan asas untuk menghasilkan bahan Multimedia.
    2.      Menggunakan alat dan perisian tertentu untuk menghasilkan produk grafik berdasarkan prinsip seni kreatif.
    3.      Mencipta produk grafik berdasarkan prinsip seni kreatif
    4.      Mewujudkan bahan grafik menggunakan alat-alat dan perisian sejajar dengan industri norma.

    Objektif Pembelajaran :
    1.      Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri teks.
    2.      Pelajar dapat membandingkan jenis-jenis teks.
    3.      Pelajar dapat mengetahui menu-menu berkaitan teks di dalam perisian photoshop.
    4.      Pelajar dapat menghasilkan teks menggunakan perisian photoshop.

    Pengetahuan Sedia Ada

    1) Pelajar berpengalaman melihat jenis-jenis teks yang terdapat dalam sesuaru produksi multimedia contohnya poster dan banner.
    2) Pelajar berpengalaman menggunakan perisian Microsoft Office dan Paint.

    Bahan Bantu Mengajar
    1.      Komputer
    2.      Projektor
    3.      Video
    4.      Perisian photoshop



    Langkah Pembelajaran       


    Langkah
    Content / Skill
    Aktiviti Pembelajaran
    Bahan
    Set Induksi
    (5 minit)
    9.05–9.10 pg
    Paparan poster

    Objektif pembelajaran




    Aktiviti guru

    Guru menunjukkan video kepada pelajar.

    Guru menunjukkan beberapa contoh produk multimedia(poster) kepada pelajar melalui paparan skrin putih

    Guru mengaitkan isi kandungan slaid tersebut dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

    Guru menerangkan objektif pembelajaran hari ini.

    Aktiviti pelajar

    Pelajar melihat paparan video yang ditayangkan oleh guru.

    Pelajar melihat poster yang ditunjukkan oleh guru.

    Pelajar mencatat kandungan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pelajar.



    Model :
    Induktif

    Nilai:
    Memberi Perhatian

    KBKK:
    Menjana idea dan pemikiran pelajar

    ABM:
    Projektor
    Komputer

    BBM:
    Slaid pembentangan

    Langkah 1
    (5 minit)
    9.10–9.15 pg
    Teks merupakan elemen paling asas serta luas penggunaannya dalam membangunkan sesebuah aplikasi multimedia.

    Ciri-ciri teks:
    -          Teks boleh disunting
    -          Teks boleh diedit

    Fungsi teks:
    Satu cara yang cepat dan mudah untuk berkomunikasi dengan sejumlah maklumat yang besar.
    Aktiviti guru

    Guru menerangkan maksud, ciri dan fungsi teks.

    Guru menyoal pelajar tentang pemahaman sedia ada terhadap maksud teks.

    Guru menjelaskan kepada pelajar tentang ciri-ciri teks.

    Guru menjelaskan fungsi teks.

    Aktiviti pelajar

    Pelajar mencatat penerangan guru.
    Model :
    Pengajaran langsung

    Nilai:
    Konsentrasi
    Tumpuan

    KBKK:
    Mendengar
    Mencatat

    ABM:
    Projektor

    BBM:
    Slaid pembentangan

    Langkah 2
    (5 minit)
    9.15-9.20pg
    Perisian untuk sunting teks
    -          Microsoft Office (Microsoft Word)
    -          Paint
    -          Photoshop
    -          Illustrator
    Aktiviti guru

    Guru menerangkan tentang perisian yang boleh digunakan untuk menyunting teks.

    Aktiviti pelajar

    Pelajar mencatat penerangan daripada guru.


    Model :
    Pengajaran langsung

    Nilai:
    Konsentrasi
    Tumpuan

    KBKK:
    Mendengar
    Menghubungkait

    ABM:
    Komputer
    Projektor

    BBM:
    Slaid pembentangan



    Langkah 3
    (20 minit)
    9.20-9.40pg
    Perisian Photoshop

    Menu-menu text yang terdapat di dalam perisian Photoshop

    -          Present picker
    -          Text orientalition
    -          Font stay
    -          Font family
    -          Font size
    -          Anti-aliasing method
    -          Warped text
    -          Text color
    Aktiviti guru

    Guru menjelaskan jenis dan fungsi menu-menu yang terlibat dalam menghasilkan text.

    Guru meminta pelajar untuk mencuba semua jenis menu yang terdapat dalam antaramuka Photoshop.

    Guru meminta pelajar menekan buang-butang menu dalam paparan antaramuka.


    Aktiviti pelajar

    Pelajar mencatat menu-menu yang terdapat pada skrin paparan.

    Pelajar mencuba menekan setiap butang menu yang telah disuruh oleh guru untuk mengetahui fungsi dan kegunaannya.


    Model :
    Demontrasi

    Nilai:
    Konsentrasi
    Keyakinan
    Perhatian

    KBKK:
    Mendengar
    Berinteraksi

    ABM:
    Komputer
    Projektor

    BBM:
    Slaid pembentangan
    Perisian Photoshop
    Langkah 4
    (25 minit)
    9.40-10.05pg
    Kaedah menghasilkan teks menggunakan perisian photoshop.

    Meminta pelajar menghasilkan teks dengan menggunakan perisian Photoshop mengikut langkah yang ditunjukkan.
    Aktiviti guru

    Guru meminta pelajar membentuk kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang pelajar.

    Guru menunjukkan kaedah menghasilkan teks menggunakan perisian photoshop.

    Guru menggunakan butang-butang yang terdapat pada skrin photoshop.

    Guru menunjukkan cara untuk menyimpan hasil produksi multimedia dengan pelbagai format yang betul.

    Guru meminta pelajar menghasilkan sebuah poster yang mengandungi elemen multimedia teks.

    Guru meminta pelajar menggunakan semua jenis butang menu yang telah ditunjukkan.


    Aktiviti pelajar

    Pelajar membentuk kumpulan.

    Pelajar mencatat demontrasi yang ditunjukkan oleh guru.
    Model :
    Demontrasi

    Nilai:
    Konsentrasi
    Keyakinan
    Perhatian

    KBKK:
    Komunikasi
    Kepimpinan

    ABM:
    Komputer
    Projektor

    BBM:
    Perisian Photoshop
    Langkah 5
    (10 minit)
    10.05-10.15pg
    Hasil kerja pelajar (poster).

    Jenis-jenis menu yang digunakan oleh pelajar
    -          Saiz teks
    -          Jenis teks
    -          Warna teks
    -          Gaya teks
    -          Sudut letak teks
    Aktiviti guru

    Guru memilih secara rawak beberapa kumpulan untuk membentangkan hasil kerja yang mereka buat dihadapan kelas.

    Guru meminta pelajar lain memberi pendapat dan kritikan terhadap suntingan teks yang telah dihasilkan oleh sahabat mereka.

    Guru memberi komen tentang poster yang telah dihasilkan oleh pelajar.


    Aktiviti pelajar

    Pelajar tampil ke hadapan kelas untuk menerangkan tentang poster yang telah dihasilkan.

    Pelajar memberi komen dan pendapat tentang poster yang dihasilkan oleh rakan mereka.
    Model :
    Demontrasi

    Nilai:
    Konsentrasi
    Keyakinan

    KBKK:
    Menilai
    Memberi pendapat

    ABM:
    Komputer
    Projektor

    BBM:
    Perisian Photoshop
    Penutup
    (10 minit)
    10.15-10.25pg
    Merumuskan keseluruhan kandungan pembelajaran.
    -          Maksud
    -          Ciri-ciri
    -          Fungsi
    -          Perisian sepunya
    -          Perisian photoshop
    -          Menu-menu berkaitan teks

    Aktiviti Guru

    Guru mengulang semula tajuk-tajuk utama sebagai rumusan.

    Guru memilih beberapa orang pelajar secara rawak dan bertanyakan soalan bagi menguji kefahaman mereka.

    Guru membuat kesimpulan bahawa pelajar telah memahami apa yang sudah diajar.

    Guru meminta pelajar menghasilkan poster menggunakan teks yang telah diajar dan perlu dihantar pada kelas akan datang.

    Aktiviti pelajar

    Pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

    Pelajar mencatat arahan yang diberikan oleh guru.
    Strategi :
    Pengajaran langsung

    Nilai :
    Konsentrasi

    KBKK :
    Merumus
    Mencatat

    ABM:
    Projektor